Blog-GempaQ
FACEBOOK FAN
LOVE STATION on Facebook
Wednesday, May 5, 2010
Cinta Dalam Perkahwinan.
Ramai orang sekarang merasakan perkahwinan adalah satu platform untuk kuatkan ikatan cinta tapi dalam perkahwinan juga merupakan satu platform untuk kita tahu semua berkaitan pasangan kita.Di sini kita boleh melihat A-Z semua keburukan dan tingkahlaku sebenar pasangan kita yang kita sayang atau cintai..Tuhan maha berkuasa setiap pasangan yang di ciptakan pasti salah seorang ada kelemahan.Itulah cinta penting dalam perkahwinan untuk memupuk sebuah keluarga yang harmoni serta penuh dengan kebahagian.
Cinta bukan sekadar lafaz atau keikhlasan untuk seseorang manusia mengenali pasangan mereka.Cinta adalah ikatan atau penguat dalam sesuatu perhubungan.Ada sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.
Pada masa sekarang manusia tidak memandang perkahwinan berdasarkan cinta tapi banyak dari mereka memandang harta benda maka banyaklah berlaku perpisahanan atau penceraian.Manusia zaman akan datang pasti akan mengalami kadar tekanan dan tempoh masa yang tidak pernah cukup akibat tekanan ekonomi yang maju maka makin banyaklah berlaku masalah penceraian dan melahirkan anak-anak yang cenderung dalam masalah sosial.
Dalam kitab dan Al-quran ada menjelaskan manusia akan merosakkan manusia semula dengan kemajuan serta pengalihan zaman dalam masa akan datang.Maka sekiranya kita kahwin jangan biarkan perkahwinan kita musnah akibat tekanan dari luar atau pengaruh anasir manusia sendiri kerana perahwinan adalah satu gerbang yang sungguh indah dalam suatu penciptaan kehidupan manusia di dunia ini..
Labels:
Cinta Dalam Perkahwinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment