Cinta @ Suka.
Ramai manusia gila sebab cinta,mengapa ini terjadi mungkin kerana mereka cinta pada seseorang tapi mereka lupa untuk mencintai pencipta.Cinta yang paling agung antara kelas-kelas cinta ialah cinta pada pencipta..kerana dari landasan itu kita mampu untuk mencintai sesuatu berharga untuk kita cintai.
Manusia bercinta kerana ingin meluahkan sesuatu berdasarkan perasaan,merasakan terangsang akibat nafsu atau keinginan untuk memiliki sesuatu.cinta adalah perasaan yang tuhan cipta untuk mendorong manusia menyanyangi sesama manusia bagi menjamin ekosistem dalam kehidupan.
Cinta juga bukan sekadar ayat-ayat bunga untuk memikat hati pasangan atau sesuatu yang kita cintai tapi cinta adalah suatu keindahan yang perlu kita selami dahulu sebelum kita cuba mencintai yang lain.hukum karma cinta merangkumi semua sapek.Samaada kita cinta berdasarkan hati,kita cinta berdasarkan perasaan atau kita betul mencintai setulus hati dan penuh perasaan...
Cinta sungguh besar maksudnya sekira kita betul2 faham apa itu makna cinta.cinta ibarat lautan luas yang punyai pelbagai makna serta maksud2 yang tertentu untuk kita manusia mentafsir dan menghayatinya.
Ramai manusia keliru apa itu suka dan cinta...suka sekadar perkongsian idea,perasaan ingin tahu dan cetusan sejenak minda kita pada sesuatu yang kita minati.sebagi contoh :saya lapar saya suka makan mee goreng tak kisah di mana saya makan,saya suka makan mee goreng...tapi kalau kita cinta,sebagai contoh:saya lapar saya akan masak mee goreng yang terbaik kerana sebabkan mee goreng ini telah mengingatkan saya pada ibu saya dan kerana mee sepinggan mee goreng ibu sanggup berkorban berikan yang terbaik untuk saya..
Mungkin penceraian atau kes yang berlaku kini di sebabkan oleh kekeliruan kita sendiri pada makna suka dan cinta.suka adalah sekadar perasaan yang tidak begitu mendalam pada sesuatu yang kita suka..kita akan rasa bosan kerana dalam suka kita banyak pilihan pada sesuatu.manakala cinta adalah sesuatu yang kita sayang sepenuh hati dan sanggup melakukkan sesuatu luar kawalan kerana kita tahu cinta itu adalah kebahagian yang kita cari selama ini...
Kalau kita belajar atau fahami cinta2 para rasul dalam percintaan kita tahu bagaimana mereka menggunakan keimanan,ketegasan serta kebijaksanaan dalam percintaan.sungguh berkuasanya maha pencipta dalam mecipta sebuah perasaan yang sungguh indah kalau kita pandai mentafsirnya dengan akal serta pemikiran yang bijak.
Blog-GempaQ
FACEBOOK FAN
LOVE STATION on Facebook
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment